Khamis, 19 Januari 2006

Blog kena blok!

Bermula jam 9.00 pagi ini capaian ke laman-laman blog seakan-akan disekat. Namun begitu tidak dapat dipastikan samada ianya disengajakan atau sememangnya masalah talian maupun pelayan Google.

Namun begitu laman http://www.blogger.com tidak mempunyai masalah untuk dicapai. Yang bermasalah hanyalah laman-laman blog yang menggunakan http://namablog.blogspot.com.

Jadi, adakah ini merupakan satu kebetulan atau disengajakan??

Rabu, 18 Januari 2006

Phishing - Penipuan perbankan elektronik


Jika anda menerima apa-apa email daripada bank dan menyuruh anda mengemaskini akaun, abaikan email tersebut. Ia merupakan penipuan yang dipanggil 'phishing' yang bertujuan mencuri 'username' dan 'password' anda. Pihak bank tidak akan menyuruh anda mengemaskini 'username' dan 'password' dengan menggunakan email. Sila hubungi bank anda untuk mendapatkan pengesahan sekiranya anda menerima apa-apa email.

Pada awal bulan ini saya telah menerima beberapa email phishing yang merujuk kepada bank tempatan iaitu RHB dan AmBank . Jika anda mempunyai akaun RHB dan AmBank dan anda menerima email tersebut sila abaikan atau padamkan saja dari kotak email anda.

Blog - satu fenomena baru dalam senario politik Malaysia


Blog adalah kependekan dari Weblog, istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Disember 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut kelompok website persendirian yang selalu kemaskini secara berterusan dan berisi link-link ke website lain yang mereka anggap menarik disertai dengan komen-komen mereka sendiri serta pengunjung laman blog tersebut.

Untuk menjadi blogger anda hanya perlu mendaftar dilaman blog percuma seperti http://www.blogger.com atau http://www.wordpress.com.

Di Malaysia ia merupakan satu fenomena baru terutamanya dalam senario politik semasa dimana banyak pihak meluahkan pandangan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap dasar-dasar kerajaan yang dianggap menyimpang dan membebankan rakyat.

Laman blog seperti kickdefella, rocky bru dan screeshot yang lantang mengkritik dasar kerajaan telah dipantau dan para pengendalinya telah ancam dengan pelbagai cara termasuk saman fitnah, ugutan dan pemantauan pribadi oleh pihak tertentu.