Isnin, 18 Jun 2007

Blog dengan "domain" sendiri

Beberapa bloggers bertanya, bagaimana untuk membuat laman blog kita mempunyai domain sendiri seperti Datuk A. Kadir Jasin yang mempunyai blog The Scribe dengan URL http://www.akadirjasin.com.

Secara amnya ia amat mudah. Anda cuma perlu membeli domain yang berharga RM35-RM50 setahun. Apa yang and perlu lakukan cuma pergi ke website yang menjual hosting atau domain seperti Mesra Hosting, e-Ruang atau lain hosting company. Lakukan carian domain untuk mempastikan domain tersebut tidak digunakan oleh sesiapa. Kebanyakan hosting company menyediakan laman carian domain untuk tujuan tersebut. Pembayaran adalah mudah dimana anda hanya perlu membuat pembayaran melalui bank dibank-bank yang diterima oleh hosting company tersebut seperti maybank, CIMB dan lain-lain.



Setelah mendapat domain dan diaktifkan oleh hosting company. Masukkan domain tersebut kedalam "setting" blog anda.



Kepada yang lebih "adventurous" anda boleh membuat blog anda sendiri seperti Jeff Oii dengan menyewa "server space" daripada hosting company tersebut. Kemudian anda boleh meng"install" perisian blog seperti wordpress. Semua proses tersebut adalah automatik dan anda boleh mempunyai blog sendiri dengan domain sendiri dalam masa kurang dari 3 jam!

Sabtu, 16 Jun 2007

Blog - "pecah dan perintah"

Salah satu minat saya adalah mengkaji hal-hal mistik , metafizik dan 'teori konspirasi'. Jadi bila ada pihak yang mengatakan ada konspirasi disebalik perletakan jawatan Sheih Kickdefella sebagai protem member All BLOGS, saya tertarik untuk menyelidik, mengkaji dan memikir berkenaan konspirasi tersebut.

Salah satu blog yang membicarakan tentang isu tersebut adalah shockingexpose yang membuat analisis dengan agak terperinci. Laman blog tersebut mengatakan terdapat tiga pihak/individu yang terlibat dalam konspirasi tersebut iaitu Simon Wee, Shar101 dan Bigdog. Shar101 dan Bigdog telah menafikan mereka terlibat.


Apa yang saya lihat, ini adalah satu agenda pihak-pihak tertentu yang cuba melaga-lagakkan para bloggers. Dengan cara tak langsung mereka ingin memecah-belahkan perpaduan dan semangat ALL BLOGS. Menggunakan konsep "pecah dan perintah" 50 peratus kejayaan telah tercapai dengan perletakan jawatan tersebut.

Jadi fasa kedua adalah melaga-lagakan bloggers dan mewujudkan "kem-kem" penyokong dan pembangkang diantara mereka. Buat masa ini dua kem telah diwujudkan pro-sheih dan monsterball dan disatu pihak lagi yang menentang sheih dan monsterball.

Kini mereka mencuba untuk mewujudkan pro-Simon Wee, Shar101 dan Bigdog dan anti-Simon Wee, Shar101 dan Bigdog.

Apa yang bolah saya katakan kita mestilah berhati-hati dan membuat penilaian yang baik. Konspirator ini boleh berada dimana-mana! Apapun shockingexpose boleh diragui tujuannya kerana ia merupakan laman yang baru wujud lebih-lebih lagi ia wujud serentak dengan suara-suara untuk memantau para bloggers!

Jumaat, 15 Jun 2007

Malaysia, MSC dan ICT

Secara amnya semua pihak akur akan kepentingan ICT untuk kemajuan negara. Kita mempunyai MSC untuk menggalakkan pihak luar melabur di Malaysia. Namun apa yang saya rasakan kita sendiri agak terkebelakang dalam memajukan ICT terutamanya untuk rakyat Malaysia lebih-lebih lagi jika 'projek' tersebut tidak mempunyai nilai komersial atau dengan kata lain 'tak boleh buat duit'.

Untuk membolehkan kita maju dalam ICT, pihak kerajaan, swasta, dan NGO mestilah menyediakan 'software-software' yang boleh didapati dengan percuma secara percuma atau dengan kos yang amat rendah dengan meng'hostkan'nya didalam server mereka. Dengan cara ini 'download' adalah lebih pantas.

Ia amat penting untuk fail-fail yang besar seperti ISO image yang mempunyai saiz 700MB atau 4GB. Biasanya 4 atau 10 jam diperlukan untuk men'download' fail2 tersebut jika di'hostkan/dimirrorkan ' di Malaysia berbanding 20 atau 36 jam jika di download dari mirror luar negara.

Didalam Internet banyak 'software' boleh didapati secara percuma tanpa mengira samada ia freeware, public domain atau open source. Semua software ini terdapat di luar negara terutamanya di USA atau Eropah dan biasanya ia terdapat di dalam 'mirror server' universiti, ISP, NGO atau jabatan2 kerajaan di negara tersebut. Cara ini adalah amat mudah, praktikal dan amat menjimatkan untuk mereka mendapat 'software' tersebut. Ia membantu mereka menggunakannya dengan mudah dan percuma. Secara tidak langsusng, kemahiran ICT mereka dapat berkembang dengan cepat.

Apa yang menyedihkan, kita ingin maju dalam ICT tapi kita enggan mempraktikkan apa yang dipraktikkan oleh orang yang telah maju dalam bidang tersebut. Cuba selidiki adakah mana-mana universiti, ISP, jabatan/kementerian di Malaysia yang meng'host'kan mirror tersebut... besarkan kemungkinan jawapannya adalah tiada...!

Kita ambil contoh 'mirror' untuk 'open source software'. Beberapa tahun lepas kita ada OpenSource center (http://www.asiaosc.org)yang mempunyai 'mirror' untuk 'open source software seperti Linux, OpenOffice, dsb. Namun kini ia telah berkubur tanpa nesan...


Sabtu, 9 Jun 2007

Report Polis untuk Musuh Islam dan Pengkhianat Negara




Dah lama saya tak menulis blog... password pun dah terlupa ... terpaksalah dapatkan dari 'forget password' ... tapi disebabkan oleh seorang musuh Islam, musuh Melayu dan pengkhianat Negara terpaksa lah saya menghantar posting ni.

Bukan apa cuma nak menunjukkan bukan semua orang Melayu kaki tidur dan tak prihatin terhadap apa yang dikatakan oleh sesiapa sahaja. Masih ramai orang Islam dan Melayu yang prihatin tentang Islam, Melayu dan negara "Tanah Melayu" yang tercinta.

Jadi untuk membuktikannya kenalah dengan tindakan... jadi inilah tindakan yang paling rasional yang boleh saya ambil buat masa ini terhadap seorang Musuh Islam dan Pengkianat Negara...