Selasa, 22 Julai 2008

Ada tak Microsoft Office dalam Linux?


Saya telah ditanya oleh seorang pengguna Windows yang ingin bertukar kepada Linux.
"Ada tak Word, Excel dan Powerpoint dalam Linux?".
Jawapannya mudah, "TIADA! Tak ada!"
Dia tanya saya lagi. "Kenapa tak ada?" .
Saya jawab" Sebab Microsoft tak buat Linux dan dia tak mau Linux menjadi saingannya".
Dia balas balik"Kalau cam tu, camne nak taip surat dan buat pengiraan guna 'excel' "

Dalam Linux, ada macam-macam "word" dan "excel" tapi namanya dah tentulah bukan Word atau Excel.

Word dalam Linux mungkin dipanggl OpenOffice Writer, KWord atau Abiword


Excel pulak mungkin dipanggil OpenOffice Calc , KSpreadsheet atau Gnumeric


Dalam Windows ada Microsoft Office ( Word, Excel, PowerPoint dan Access). Dalam Linux ada OpenOffice (Writer, Calc, Impress dan Base). OpenOffice juga mempunyai Windows version jadi kalau nak cuba OpenOffice dalam Windows download je kat http://www.openoffice.org

Selain tu, OpenOffice juga boleh membuka dan mengedit fail Microsoft Office(Word, Excel dan PowerPoint). Jadi anda tak perlu risau kalau dapat fail Microsoft Office dan semua fail lama anda masih boleh digunakan didalam Linux.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perisan gantian versi Windows didalam Linux sila lihat di The Linux Equivalent Project dan Alternatives to Windows Software.

Selamat mencuba.

Sabtu, 24 Mei 2008

Perisian Waktu Solat

Untuk Window memang dah banyak... budak2 Melayu pun ada tulis "software" waktu Solat ni...cari je kat Google...

Tapi dalam Linux plak tak banyak ... semalam saya baru jumpa satu! Itu pun kira kebetulan masa install perisian al-Quran tu (zekr).



Kalau anda guna Ubuntu / Debian dan dah setkan repo Ubuntume macam yang saya bincang dalam Al-Quran Online 2. Bagi je arahan sudo apt-get install minbar

Ahad, 23 Mac 2008

Al-Quran Online - 2

Quran Online yang saya bincangkan sebelum ini memerlukan sambungan Internet. Jika anda tidak mempunyai sambungan Internet anda boleh menggunkan perisian Zekr. Ia merupakan perisian Al-Quran yang menyokong pelbagai platform seperti Linux, Microsoft Windows and Apple Macintosh.

Antaramukanya boleh monyokong pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu. Pemasangan asas tidak menyertakan terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu. Anda perlu memuat turun fail tersebut dari resources page dan mengambil terjemahan Bahasa Indonesia kerana tiada terjemahan dalam bahasa Melayu. Mungkin Yayasan Restu yang membuat terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu perlu memberikan bantuan!

Bagi pengguna Ubuntu linux atau Debian anda cuma perlu memasukkan repo tersebut didalam /etc/apt/sources.list iaitu

deb http://www.ubuntume.com/repository feisty main.

Kemudian anda boleh memberikan arahan sudo apt-get install zekr didalam terminal.

Selasa, 26 Februari 2008

Perisian Waktu Solat - Windows Vista



Untuk pengguna Windows Vista anda boleh mendapatkan perisian waktu solat dengan menambahkan gadget "Prayer Times" didalam sidebar. gadget tersebut tidak terdapat secara "defaut". Jadi anda perlu "run" Windows Sidebar dan "Search more gadget online"



Setelah meng"install" Prayer Time.Jangan lupa untuk setkan "location" anda.

Ahad, 27 Januari 2008

Kamus Elektronik

Pembelajaran subjek Sains and Matematik didalam bahasa Inggeris disekolah membuatkan kepentingan bahasa Inggeris semakin mendesak. Tidak sahaja untuk pelajar-pelajar sekolah malahan ibubapa juga perlu faham dan tahu serba sedikit tentang bahasa Inggeris. Apa yang anda lakukan sekiranya anak anda bertanya perkataan atau rangkai kata yang tidak anda ketahui didalam bahasa Inggeris. Sudah pasti apa yang ada perlukan adalah kamus.

Dalam era ICT ni, tak perlulah membuka kamus-kamus tebal untuk mencari makna sesuatu perkataan. Gunakanlah aplikasi kamus elektronik yang lebih pantas, cepat dan tepat. Salah satu kamus elektronik yang percuma dan menyokong pelbagai bahasa/kamus adalah StarDict
Selain dari menyokong pelbagai bahasa ia juga menyokong pelbagai OS seperti Linux, FreeBSD, Windows, dll. Anda juga boleh memasang pelbagi pengkalan data(database) kamus seperti Webster, Oxford, Longman, Collins dan sebaginya. Ini membolehkan anda membuat rujukan silang antara kamus dengan lebih mudah dan berkesan.

Selain StarDict, WordWeb juga merupakan kamus off-line yang baik tetapi hanya untuk pengguna Windows sahaja.