Ahad, 21 Januari 2007

Bloggers dan perisian "Open Source"


Komputer Datuk Ruhanie Ahmad yang mempunyai laman blog popular kuda kepang telah diserang virus dan spyware. Kejadian tersebut telah menyebabkan beliau tidak dapat menggunakan komputer selama 2 hari dan perlu dihantar kepada pakar komputer untuk dibaiki.

Apa yang ingin saya tekankan disini adalah penggunaan perisian atau "software" yang lebih selamat lebih-lebih lagi sistem pengoperasian atau "operating system" yang kita gunakan.

Kebanyakan pengguna di Malaysia hanya tahu dan biasa dengan sistem pengoperasian Windows seperti Windows 98, Windows 2000, Windows XP dan yang terbaru Windows Vista. Masalah dengan sistem Windows adalah kelemahan dari rekabentuknya membuatkan ia tidak selamat. Ini kita dapat lihat dengan banyaknya virus dan spyware dalam sistem Windows.

Apa yang anda perlu tahu, terdapat sistem pengoperasian yang lebih baik dari Windows dan lebih selamat digunakan dimana sistem tersebut "boleh dikatakan" tidak mempunyai virus atau spyware. Selain itu, sistem tersebut adalah percuma. YA PERCUMA!. Anda tidak perlu membayar sesen pun untuk menggunakan perisian tersebut.

Linux - Fedora Core 6
Perisian yang saya maksudkan adalah Linux. Ia merupakan perisian sumber terbuka atau "Open Source" dimana anda bebas untuk mengguna, menyalin atau memasang(install) sebanyak mana yang anda suka tanpa masalah cetak rompak. Ini kerana ia menggunakan lesen GPL yang membenarkan penggunaan, penyalinan, pengubahsuaian secara percuma.

Terdapat banyak versi Linux dipasaran dimana berbeza dari pelbagai segi namun kebanyakan sistem Linux sekarang adalah lebih mesra pengguna. Anda tidak perlu memasang atau meng"install" Linux untuk mencubanya. Kebanyakan Linux mempunyai "LiveCD" yang boleh digunakan terus dari CD. Laman Distrowatch menyenaraikan 100 edaran linux atau distro yang terbaru dan terkini.

Selamat mencuba dan selamat datang ke dunia "Open Sorce". Sebarang pertanyaan, email saya di consultan2k@yahoo.com

Tiada ulasan: