Dalam era ICT ni, tak perlulah membuka kamus-kamus tebal untuk mencari makna sesuatu perkataan. Gunakanlah aplikasi kamus elektronik yang lebih pantas, cepat dan tepat. Salah satu kamus elektronik yang percuma dan menyokong pelbagai bahasa/kamus adalah StarDict
Selain dari menyokong pelbagai bahasa ia juga menyokong pelbagai OS seperti Linux, FreeBSD, Windows, dll. Anda juga boleh memasang pelbagi pengkalan data(database) kamus seperti Webster, Oxford, Longman, Collins dan sebaginya. Ini membolehkan anda membuat rujukan silang antara kamus dengan lebih mudah dan berkesan.Selain StarDict, WordWeb juga merupakan kamus off-line yang baik tetapi hanya untuk pengguna Windows sahaja.