Memaparkan catatan dengan label ICT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ICT. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Mei 2008

Perisian Waktu Solat

Untuk Window memang dah banyak... budak2 Melayu pun ada tulis "software" waktu Solat ni...cari je kat Google...

Tapi dalam Linux plak tak banyak ... semalam saya baru jumpa satu! Itu pun kira kebetulan masa install perisian al-Quran tu (zekr).



Kalau anda guna Ubuntu / Debian dan dah setkan repo Ubuntume macam yang saya bincang dalam Al-Quran Online 2. Bagi je arahan sudo apt-get install minbar

Ahad, 23 Mac 2008

Al-Quran Online - 2

Quran Online yang saya bincangkan sebelum ini memerlukan sambungan Internet. Jika anda tidak mempunyai sambungan Internet anda boleh menggunkan perisian Zekr. Ia merupakan perisian Al-Quran yang menyokong pelbagai platform seperti Linux, Microsoft Windows and Apple Macintosh.

Antaramukanya boleh monyokong pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu. Pemasangan asas tidak menyertakan terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu. Anda perlu memuat turun fail tersebut dari resources page dan mengambil terjemahan Bahasa Indonesia kerana tiada terjemahan dalam bahasa Melayu. Mungkin Yayasan Restu yang membuat terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu perlu memberikan bantuan!

Bagi pengguna Ubuntu linux atau Debian anda cuma perlu memasukkan repo tersebut didalam /etc/apt/sources.list iaitu

deb http://www.ubuntume.com/repository feisty main.

Kemudian anda boleh memberikan arahan sudo apt-get install zekr didalam terminal.

Selasa, 26 Februari 2008

Perisian Waktu Solat - Windows Vista



Untuk pengguna Windows Vista anda boleh mendapatkan perisian waktu solat dengan menambahkan gadget "Prayer Times" didalam sidebar. gadget tersebut tidak terdapat secara "defaut". Jadi anda perlu "run" Windows Sidebar dan "Search more gadget online"



Setelah meng"install" Prayer Time.Jangan lupa untuk setkan "location" anda.

Ahad, 27 Januari 2008

Kamus Elektronik

Pembelajaran subjek Sains and Matematik didalam bahasa Inggeris disekolah membuatkan kepentingan bahasa Inggeris semakin mendesak. Tidak sahaja untuk pelajar-pelajar sekolah malahan ibubapa juga perlu faham dan tahu serba sedikit tentang bahasa Inggeris. Apa yang anda lakukan sekiranya anak anda bertanya perkataan atau rangkai kata yang tidak anda ketahui didalam bahasa Inggeris. Sudah pasti apa yang ada perlukan adalah kamus.

Dalam era ICT ni, tak perlulah membuka kamus-kamus tebal untuk mencari makna sesuatu perkataan. Gunakanlah aplikasi kamus elektronik yang lebih pantas, cepat dan tepat. Salah satu kamus elektronik yang percuma dan menyokong pelbagai bahasa/kamus adalah StarDict
Selain dari menyokong pelbagai bahasa ia juga menyokong pelbagai OS seperti Linux, FreeBSD, Windows, dll. Anda juga boleh memasang pelbagi pengkalan data(database) kamus seperti Webster, Oxford, Longman, Collins dan sebaginya. Ini membolehkan anda membuat rujukan silang antara kamus dengan lebih mudah dan berkesan.

Selain StarDict, WordWeb juga merupakan kamus off-line yang baik tetapi hanya untuk pengguna Windows sahaja.

Isnin, 18 Jun 2007

Blog dengan "domain" sendiri

Beberapa bloggers bertanya, bagaimana untuk membuat laman blog kita mempunyai domain sendiri seperti Datuk A. Kadir Jasin yang mempunyai blog The Scribe dengan URL http://www.akadirjasin.com.

Secara amnya ia amat mudah. Anda cuma perlu membeli domain yang berharga RM35-RM50 setahun. Apa yang and perlu lakukan cuma pergi ke website yang menjual hosting atau domain seperti Mesra Hosting, e-Ruang atau lain hosting company. Lakukan carian domain untuk mempastikan domain tersebut tidak digunakan oleh sesiapa. Kebanyakan hosting company menyediakan laman carian domain untuk tujuan tersebut. Pembayaran adalah mudah dimana anda hanya perlu membuat pembayaran melalui bank dibank-bank yang diterima oleh hosting company tersebut seperti maybank, CIMB dan lain-lain.



Setelah mendapat domain dan diaktifkan oleh hosting company. Masukkan domain tersebut kedalam "setting" blog anda.



Kepada yang lebih "adventurous" anda boleh membuat blog anda sendiri seperti Jeff Oii dengan menyewa "server space" daripada hosting company tersebut. Kemudian anda boleh meng"install" perisian blog seperti wordpress. Semua proses tersebut adalah automatik dan anda boleh mempunyai blog sendiri dengan domain sendiri dalam masa kurang dari 3 jam!

Sabtu, 16 Jun 2007

Blog - "pecah dan perintah"

Salah satu minat saya adalah mengkaji hal-hal mistik , metafizik dan 'teori konspirasi'. Jadi bila ada pihak yang mengatakan ada konspirasi disebalik perletakan jawatan Sheih Kickdefella sebagai protem member All BLOGS, saya tertarik untuk menyelidik, mengkaji dan memikir berkenaan konspirasi tersebut.

Salah satu blog yang membicarakan tentang isu tersebut adalah shockingexpose yang membuat analisis dengan agak terperinci. Laman blog tersebut mengatakan terdapat tiga pihak/individu yang terlibat dalam konspirasi tersebut iaitu Simon Wee, Shar101 dan Bigdog. Shar101 dan Bigdog telah menafikan mereka terlibat.


Apa yang saya lihat, ini adalah satu agenda pihak-pihak tertentu yang cuba melaga-lagakkan para bloggers. Dengan cara tak langsung mereka ingin memecah-belahkan perpaduan dan semangat ALL BLOGS. Menggunakan konsep "pecah dan perintah" 50 peratus kejayaan telah tercapai dengan perletakan jawatan tersebut.

Jadi fasa kedua adalah melaga-lagakan bloggers dan mewujudkan "kem-kem" penyokong dan pembangkang diantara mereka. Buat masa ini dua kem telah diwujudkan pro-sheih dan monsterball dan disatu pihak lagi yang menentang sheih dan monsterball.

Kini mereka mencuba untuk mewujudkan pro-Simon Wee, Shar101 dan Bigdog dan anti-Simon Wee, Shar101 dan Bigdog.

Apa yang bolah saya katakan kita mestilah berhati-hati dan membuat penilaian yang baik. Konspirator ini boleh berada dimana-mana! Apapun shockingexpose boleh diragui tujuannya kerana ia merupakan laman yang baru wujud lebih-lebih lagi ia wujud serentak dengan suara-suara untuk memantau para bloggers!

Ahad, 22 April 2007

Al-Quran Online

Jika anda ingin mencari makna ayat al-Quran (tafsir). Adakah anda akan bertanya kepada uztaz yang faham tafsir al-Quran (yang memang susah nak jumpa/tak ramai) atau mengambil/membeli kitab tafsir Al-Quran (yang mungkin tak pernah dibeli/ disimpan /apa lagi dibaca). Lagi pulak kitab tafsir ni mahal...Jadi kalau anda rasa kitab tafsir al-Quran ni mahal (kebanyakanya RM40-RM300) sebuah. Bacalah versi online... versi Internet. Ia mempunyai banyak kelebihan berbanding dalam bentuk buku/"hardcopy" kerana ia biasanya mempunyai pelbagai bahasa... English, Melayu, French, German... dll.


Sebenarnya banyak laman al-Quran Online ni.... cari je guna Google .. pasti jumpa berlambak-lambak... dan bermacam-macam perisa... ada yang english je....ada yang arab dan english...ada yang pelbagai bahasa... saya plak selalu pegi kat sini islamicity.com-Quran Search sebab dia ada tafsir bahasa Melayu...