Beberapa bloggers bertanya, bagaimana untuk membuat laman blog kita mempunyai domain sendiri seperti Datuk A. Kadir Jasin yang mempunyai blog The Scribe dengan URL http://www.akadirjasin.com.
Secara amnya ia amat mudah. Anda cuma perlu membeli domain yang berharga RM35-RM50 setahun. Apa yang and perlu lakukan cuma pergi ke website yang menjual hosting atau domain seperti Mesra Hosting, e-Ruang atau lain hosting company. Lakukan carian domain untuk mempastikan domain tersebut tidak digunakan oleh sesiapa. Kebanyakan hosting company menyediakan laman carian domain untuk tujuan tersebut. Pembayaran adalah mudah dimana anda hanya perlu membuat pembayaran melalui bank dibank-bank yang diterima oleh hosting company tersebut seperti maybank, CIMB dan lain-lain.
Setelah mendapat domain dan diaktifkan oleh hosting company. Masukkan domain tersebut kedalam "setting" blog anda.
Kepada yang lebih "adventurous" anda boleh membuat blog anda sendiri seperti Jeff Oii dengan menyewa "server space" daripada hosting company tersebut. Kemudian anda boleh meng"install" perisian blog seperti wordpress. Semua proses tersebut adalah automatik dan anda boleh mempunyai blog sendiri dengan domain sendiri dalam masa kurang dari 3 jam!
7 ulasan:
Salam Saudara Consultant...
Terima kasih kerana telah berkunjung ke blog saya dan memberi respon terhadap dua entri. Saya menghargai kehadiran saudara. Saya telah memberi respon ke atas komen saudara pada entri bertajuk Poligami oh Poligami itu :-)
puteri ezza,
terimakasih atas kunjungan saudari ke Free Consultant. Jika ada-apa masalah komputer atau ICT sila hubungi saya. Saya akan bantu mana yang terdaya.
Online consultation is FREE!
Salam Saudara Consultant,
Wah, panjang berjela maklum balas daripada saudara pada entri 'poligami' saya ya. Hehehe. Terima kasih banyak. Saya hargai :-)
Saudara ni ICT consultant ya? Bagus ni. Saya berminat dengan ICT. Banyak juga benda yang saya belum tahu. Nanti kalau ada apa-apa kemusykilan, saya hubungi saudara ya.
..Poligami....hmmm
At-Tauba (The Repentance)
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar , mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - 9:71
Mereka itu adalah orang-orang yang bertobat, yang beribadah, yang memuji (Allah), yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu. - 9:112
ha..ha..ha.. consultant... ITC.. business... marketing... dll.... tanya la apa saja... kalau mampu saya akan cuba tolong...
Salam saudara.
Aik, bisnes pun boleh ek? Nak jadi bisnes partner saya tak? :-D
salam puteri ezza..
bisnes.... bisnes apa tu.... kalau menarik boleh gak kot!..
Assalamu'alaikum...
Maaflah ya sebab dah lama tidak datang bertandang. Kurang sihat sehari dua ini. Ya, bisnes. Saudara cuba layari web ini dulu ya, kemudian respon kepada saya ya..
http://www.teamfifi.com/ezzafazlina
Catat Ulasan