Pembelajaran subjek Sains and Matematik didalam bahasa Inggeris disekolah membuatkan kepentingan bahasa Inggeris semakin mendesak. Tidak sahaja untuk pelajar-pelajar sekolah malahan ibubapa juga perlu faham dan tahu serba sedikit tentang bahasa Inggeris. Apa yang anda lakukan sekiranya anak anda bertanya perkataan atau rangkai kata yang tidak anda ketahui didalam bahasa Inggeris. Sudah pasti apa yang ada perlukan adalah kamus.
Dalam era ICT ni, tak perlulah membuka kamus-kamus tebal untuk mencari makna sesuatu perkataan. Gunakanlah aplikasi kamus elektronik yang lebih pantas, cepat dan tepat. Salah satu kamus elektronik yang percuma dan menyokong pelbagai bahasa/kamus adalah StarDict
Selain dari menyokong pelbagai bahasa ia juga menyokong pelbagai OS seperti Linux, FreeBSD, Windows, dll. Anda juga boleh memasang pelbagi pengkalan data(database) kamus seperti Webster, Oxford, Longman, Collins dan sebaginya. Ini membolehkan anda membuat rujukan silang antara kamus dengan lebih mudah dan berkesan.
Selain StarDict, WordWeb juga merupakan kamus off-line yang baik tetapi hanya untuk pengguna Windows sahaja.
3 ulasan:
Assalamu'alaikum...
Saudara, saya tag saudara untuk satu program amal menerusi blogging. Jika sudi, rujuk entri bertajuk TAGGED FOR CHARITY pada blog saya ye.
Salam saudara. Apa khabar? Dah lama saya tak berkunjung ke sini.
Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan saya bersimpuh-sila,
Menghulur tangan di bulan mulia..
Selamat hari raya Aidilfitri
~Hasrul Halid~
Catat Ulasan