Ahad, 21 Januari 2007

NST dan pihak pengurusan tertingginya menyaman bloggers!



Blogger rocky bru dan Jeff Oii telah disaman syarikat akhbar NST dan beberapa individu yang merupakan pengurusan tertinggi NST iaitu Kalimullah bin Masheerul Hassan, Hishamuddin bin Aun, Syed Faisal Albar bin Syed A.R. Albar dan Brenden John a/l John Pereira.

Walaupun saya kadang-kala kurang bersetuju dengan beberapa isu yang dibangkitkan oleh Jeff Oii namun begitu langkah yang diambil NSTP boleh dianggap MELAMPAU. Lebih-lebih lagi NSTP turut menyaman Ahiruddin Attan atau Rocky bru yang mana tindakan tersebut lebih kepada membalas dendam setelah Ahiruddin membongkar beberapa kegiatan tidak beretika pihak pengurusan tertinggi tersebut.

Saya berpendapat para bloggers perlu bertindak balas dengan mem'boikot' akhbar keluaran NSTP. Walaupun tindakan ini dianggap kurang bijak oleh setengah pihak. Namun ia merupakan satu cara yang amat berkesan untuk memberi tekanan terhadap mereka, sehingga mereka semua meletak jawatan. Merekalah yang patut bertanggung jawab atas apa yang mungkin berlaku keatas NSTP.

Tiada ulasan: